Sunday, 20 December 2015

Siri Penipuan Dunia Bab 1 (Dajjal)



Siri Penipuan Dunia – Bahagian I


Tajuk: Dajjal  (Pengenalan)


Bismillahirrahmanirahim .... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menghuraikan siri-siri Penipuan Dunia. Semoga kalian semua akan sentiasa mengikuti siri ini dan jangan langkau satu siri kerana mungkin akan menyebabkan anda tidak faham akan keseluruhan hal ini.

Sebelum saya memulakan Kisah Penipuan Dunia, mari sama-sama kita hayati hadis ini,

Rasulullah s.a.w berssabda: 

“Sesungguhnya aku benar-benar akan memperingati kamu akan bahayanya (Dajjal) tidak ada satu Nabi pun, kecuali dia memperingati kaumnya (akan bahaya fitnah Dajjal) ...sesungguhnya ia bermata sebelah... ” 
Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi dari Ibnu Umar.

Maksudnya di sini, dajjal ialah manusia, yakni wujud. Kemungkinan ia telah wujud sejak Nabi Adam AS dan pengkaji Mesir mengatakan ia wujud sejak 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa AS yang mana Dajjal dipanggil sebagai Musa Samiri ketika di zamannya. Terdapat beberapa lagi catatan mengenai namanya seperti Om (hindu), Ray (Mesir Purba) dan Horus.(kebanyakan digunakan oleh selebriti moden)

Saya rasa tidak perlu dihuraikan akan sifat-sifatnya, cukup kita ketahuinya sebagai Pembawa Fitnah yakni kerosakan di dunia dan merupakan pakar. Sedikit lagi tentang sifat dajjal seperti hadis berikut,

Rasulullah bersabda,
“Tertulis di antara dua matanya hufur kaf,fa dan ra (yang bereti kafir)”
Riwayat At-Tirmizi dari Anas

__________________________________________________________________


Seterusnya, saya ingin merungkaikan Di Mana Dajjal berada sekarang? Sudah pasti anda pernah mendengar hadis berkaitan Tamim Ad-Dari. Yang mengembara dengan sebuah kapal. Ketika ia mengembara mereka didatangi ribut dan dihanyutkan selama sebulan. Jika kita berfikir secara logik sebelum mereka mendarat di sebuah pulau.

Mereka akan menempuh antara dua buah laut iaitu di Laut Merah dan Laut Medditerian (Rujuk Gambar di bawah) kerana mereka berada di Hijjaz iaitu selatan Arab. Namun, jika mereka melalui Laut Merah ianya kelihatan agak kurang tepat kerana laluannya sempit jikalau dihanyutkan mungkin tidak hampir sebulan mereka sudah berlabuh di mana-mana persisiran Afrika dan Arab. Di sini, saya mengambil Laut Mediterian sebagai pilihan.

Setelah mereka mendarat di sebuah pulau, mereka menjumpai Al-Jassasah yang mana seekor makhluk berbulu sehingga tidak dapat menentukan mana satu kepala dan ekor. Makhluk ini tidak mendedahkan dirinya secara umum. Jika kita lihat pada kamus Arab, Jasas bermaksud pengintip. Kemudian, Al Jassasah memberitahu mereka bahawa ada seseorang mahu menemui kamu di monasteri (tempat penghayatan agama) Kristian. 

Jika dilihat pada taburan Rom Katholik ianya terdapat di barat Eropah ketika zaman tersebut iaitu di Turki, England, Perancis dan sekitarnya. Begitu juga, Amerika Syarikat namun sebelum zaman itu, tiada rakyat USA seperti sekarang. Namun, rakyat Asli mereka antaranya Red Indian (lain kali saya ulaskan).

Ini menunjukkan pulau ini pulau Kristian. Apabila mereka memasuki tempat itu, mereka menjumpai lelaki berbadan besar, berambut kerinting dan dirantai pada tangan dan kakinya. Lalu Lelaki ini bertanya beberapa soalan dan dijawab oleh mereka.

“Adakah Nabiyyul Ummi (Bukan Nabi daripada kaum Yahudi atau lebih tepat keturunan Ishak ) sudah tiba di Madinah?”

“Ya”

“Adakah ada manusia menerimanya.”

“Sebahagian Ya dan sebahagian tidak”


“Beruntunglah, kepada sesiapa yang mengikutinya, adakah pokok kurma di kawasan di Baisan masih berbuah lebat?”

“Ya”

“Aku rasa ia tidak bertahan lama, adakah Laut Galilea atau Tasik Kinneret (tasik terbesar di Palestin atau Israel yang menjadi sumber air) masih ada air lagi?”

“Ya”

“Aku rasa ia tidak bertahan lama, dan akulah Dajjal apabila aku dilepaskan akan aku masuki semua tempat kecuali Madinah dan Mekah kerana aku akan dihalang oleh Malaikat”

Ketika Dajjal ini keluar, dia telah berada hari yang sama dengan hari kita atau lebih tepat dalam dimensi kita.

_________________________________________________________________

Menurut andaian saya dan sedikit pendapat Sheikh Imran Hosein dan pengkaji The Arrivals, dajjal sudah keluar namun pada dimensi yang berlainan (sebagaimana malaikat, jin dan syaitan, kita tidak boleh mengira waktunya sama seperti kita) dan waktunya kini di penghujung hari yang dikatakan Rasulullah saw dalam hadisnya berkenaan keluarnya dajjal ialah selama 40 hari yang mana hari ketika ini ialah hari yang satu harinya bersamaan satu sebulan.

Mengapa saya berkata begini? Saya akan terangkan satu persatu.



Pulau yang Tamim Ad-Dari berlabuh itu ialah BRITISH.

MENGAPA? Lihatlah apa yang diterangkan iaitu

Kristian Barat, Laut Mediterean atau nak lebih tepat lagi, kita lihat pada zaman imperealis. Siapa yang paling berkuasa? Siapa yang jajah Tanah Melayu? British kan? Satu lagi, yang boleh dikukuhkan lagi ialah Pada Perang Dunia Pertama, British ialah ketua. Namun, itu semua berakhir. Ini ialah permulaan Dajjal dalam menjalankan misinya sebagai Al Masih?

Apa itu Al Masih? Menurut Sheikh Imran Hosein dalam ceramahnya. Allah SWT telah berjanji kepada Bani Israel (apabila Bani Israel telah melakukan kerosakan di Tanah Suci dan dikeluarkan) melalui Nabi Daniel as bahawa mereka akan dibantu oleh Al-Masih yang hakikatnya ialah Isa AS.

 Namun, mereka mendapati Isa AS telah disalib. Tapi Allah telah jelaskan dalam Al-Quran bahawa Isa AS tidak disalib tetapi diangkat ke langit. Al-Masih menurut mereka perlu buat Empat Perkara iaitu:



1
11)    Memerdekakan Tanah Suci (Al Aqsa)
22)    Membawa Bani Israel kembali ke Tanah Suci
33)    Membangunkan Negara Israel
44)    Mengangkat Negara Israel menjadi Kuasa Pemerintah Dunia

Sekarang, British pada sekitar 1910-1920 telah menundukkan empayar Uthmaniyah Turki dan mereka kini telah berjaya ¾ daripada misinya dan...



Kini, memberi mandatnya kepada Amerika Syarikat. Buktinya ada dua menurut analisis.

Yang pertama, Ketua Jeneral pada Perang Dunia Kedua ialah Jeneral Amerika bukannya Jeneral British atau negara barat yang lain. Yang kedua, perubahan Pusat Kewangan Dunia daripada London ke Washington. Maaf, ada tiga . Satu lagi ialah Mereka Ialah Kawan Rapat Kepada Israel selepas British.

________________________________________________________________

Jika kita membuat kiraan.(Tidak Wajib Baca) atau teruskan pada bahagian bawah.

Kerajaan Monarki British bermula sekitar 910-930. Jadi, kami buat kesimpulan. Satu hari bersamaan Setahun ialah 1000 TAHUN.

Means, 920 + 100 = 1920 tempoh Dajjal berada di British.

Manakala tempoh untuk sebulan ialah 1000/12= 83 tahun + 1945 (berakhir perang dunia) = 2017 ???

Kelak, Israel akan dijadikan destinasi seterusnya iaitu satu hari bersamaan seminggu.

 Hanya Allah Yang Tahu.

_______________________________________________________________


Saya syed_ize @ ize agak kekurangan dari segi idea bersama rakan-rakan kerana cuti sekolah. Mungkin atau Insya Allah saya akan siakan Siri Penipuan Dunia dalam masa terdekat.

Di sini, terdapat satu hadis Riwayat Muslim Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat dari awal Surah Al Kahfi dia akan terelihara daripada fitnah Dajjal."

Satu lagi riwayat ialah 10 ayat terakhir.

Hadis lain juga menyebut 3 ayat terawal.

Insya Allah pakat amalkan sama-sama kita dapat keberkatan. Kalau tak boleh hafal cukuplah sekadar baca. Yang paling lemah, baca setiap Jumaat. Kalau nak star sikit, baca setiap hari. Ingatlah apa yang Dajjal beritahu kepada mereka bahawa berutunglah, siapa yang ikut Rasulullah.

Ini Cuma andaian daripada saya dan rakan-rakan. Tapi, kita sebagai manusia perlu sentiasa bersedia akan fitnah-fitnah atau kerosakan yang dibawa oleh Barat. 

Yang penting hendaklah sentiasa kita berada pada dinul Islam. Hendaklah kita berjaga-jaga dengan Barat terutama Amerika Syarikat dan British. Sebab itu kami memulakan Siri Penipuan Dunia ini. Tamat.

Akan datang, B2 Freemason atau Illuminati?

B3) Dajjal Sebelum Al Masih Dajjal? 
B4)Malaysia Illumination or Freemasonry Ideology? (pemerintahan @                   penjajahan minda)
B5)Kesan Hedonisme Barat? (Mind Control)
B6)Rancangan (hiburan, peperangan) dan Keberhasilan oleh Kumpulan 300?
B7)Penyatuan Yahudi Barat dan Kristian Barat?
B8)Protocol of Zion?
B9)Kesan Hedonisme Barat?
B10)Perang Dunia Ketiga?
B11)Ketibaan Al Mahdi dan Isa AS.

Nantikan daripada kami Nur Remaja. Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.



No comments:

Post a Comment