Assalamualaikum, hari ni saya nak sentuh pasal sahabat. Sahabat ini ialah orang atau lebih tepat makhluk yang bernama manusia, yang anda kenali dengan rapat atau biasa.
Sahabat atau kawan ni saya kategorikan kepada empat iaitu:
11) Sahabat susah dan senang
22) Sahabat terpaksa
33) Sahabat kesempatan
44) Sahabat sementara
Dengan senarai itu, kita dapat lihat sendiri sememangnya, ada satu je yang korang atau kita akan setia dan memang agak Kurang Bijak jika kita menolaknya atau tikam belakang dia atau buat tak endah dengan dia iaitu SAHABAT SUSAH DAN SENANG.....
_____________________________________________________
Ok, saya nak ulaskan Sahabat Terpaksa. Sahabat terpaksa ni boleh dikatakan memang meluas di seluruh dunia haha... In this century, kita perlu belajar dalam satu kelas, grup or apa-apa je, yang mengaitkan kita dengan orang-orang lain.
Yang mana, kebanyakkannya kita tak suka. Bukan sebab apa, tapi mungkin kita kurang bergaul atau suka menyendiri.
Satu lagi, sahabat terpaksa ni biasanya ringan tetapi malas gak kekadang kan? Tapi melalui persahabatanlah lahirnya ukhuwah (budak SMKA bagitau).
Kalau kita tengok dalam Facebook, Wechat, Instagram yang ramainya sahabat terpaksa nilah. Terpaksa add, follow, follow back, chat kosong dan paling teruk, boom. Tapi inilah sahabat terpaksa nak buat camne kan?
_____________________________________________________
Jenis kedua, sahabat kesempatan.
Kenapa saya panggil kesempatan sebab sahabat nilah paling ramai orang benci dalam dunia. Sebab apa? Time susah cari kita, minta tolong dengan pelbagai rayuan bak syurga bah... Tapi, apa yang beri pada kita balik? Macam meludah ke langit.
Saya tak nak describe banyak sangat sebab nanti bergegar keyboard ni. Paham-paham lah.
_____________________________________________________
Jenis ketiga, Sahabat Sementara.
Sahabat ini ialah sahabat paling sekejap tapi dialah paling kita ingat dan lupakan. Dan juga sahabat yang biasanya mudah didapati di Kem, kan? Tapi sahabat ni paling banyak tolong kerana kita saling tak kenal dan saling membantu sebab masa tu fikir pasal teamwork. Yang mana, ianya tidak menjejaskan perhubungan luar tetapi soul untuk berjaya.
Tapi, satu lagi sementara ialah nak cari Nama.
_____________________________________________________
Jenis yang terakhir ni, memang jarang didapati dan senang dibuang, kan?
SAHABAT SUSAH DAN SENANG, DUNIA DAN AKHIRAT.
Boleh dikatakan sahabat ini perlu menepati beberapa ciri iaitu
- Ikhlas
- Jujur
- Pandai Jaga Hati
- Saling Menasihati
- Tahu Apa Yang Baik Untuk Sahabatnya
- Ringan Tulang
- Pentingkan Sahabat
- Tak Mudah Putus Asa
- Pakar Motivasi
- Kenal Kita
Sebagaimana, sayangnya para sahabat kepada Rasulullah itulah yang patut kita contohi, ingat tak kisah Abu Bakar yang sanggup menahan sakit disengat kala jengking ketika bersembunyi di gua semasa peristiwa hijrah. Abu Bakar menahan air matanya namun terjatuh pada Nabi Muhammad SAW yang ketika itu berada di ribaan Abu Bakar.
Subhanallah , betapa sayangnya seorang sahabat. Sayang ni penting dalam setiap perhubungan. Tanpa sayang, siapalah kita? Ibu bapa? Anak-anak? Jadikanlah Rasulullah sebagai teladan yang menunjukkan sifat Kasih Sayang kepada semua insan.
Oleh itu, jadilah kita sebagai sahabat dalam kategori ini. JANGAN tinggalkan sahabat ini. Sayangilah sahabat ini. Doakanlah terbaik untuknya. Sesiapa yang mendoakan kebaikan kepada seseorang tanpa diketahui oleh orang itu, maka malaikat mendoakan kebaikan kepada orang yang mendoakan itu.
Sekian Terima Kasih. syed_ize
No comments:
Post a Comment