Assalamualaikum w.b.t. seperti biasa saya akan teruskan dengan catatan baru.
Tentera Saudi menawan Mekah. Sharif (Ketua Kota Mekah
berketurunan Nabi) Hussein mengemas begnya dan pergi. British meenghalaunya.
Maka Abdul Aziz Ibn Saud menawan Mekah dan seterusnya Madinah. Ini adalah
Saudi-Perikatan Wahabi.
Apakah dia mendakwa Khilafah untuk dirinya sendiri sekaran?
Tidak!! Apa yang dia lakukan sebaik sahaja memasuki Mekah pada Oktober 1924.
Abdul Aziz Ibn Saud membuat pengisytiharan dan mereka akan membenci saya kerana
mendedahkan ini kepada kamu.
Kerajaan Arab Saudi yang kini wujud addalah kerana
pemberontakan menentang Negara Khalifah Islam. British berusaha untuk menyerang
Negara Islam dari dalam. Pengikut Aliran Wahabi (Mazhab Hanbali) ketika itu
telah berjaya membina suatu entiti dalam Negara Islam dipimpin oleh Muhammad Saud
dan kemudiannya anaknya Abdul Aziz.
British membekalkan mereka dengan senjata dan wang , mereka
bergerak atas perbezaan untuk merebut tanah Islam yang berada di bawah
pemerintahan Khalifah. Mereka mengangkat
senjata melawan Khalifah dan melawan angkatan bersenjata Islam sepanjang
dihasut oleh British.
Sudah diketahu bahawa Al Saud adalah agen British.
Gedung-gedung senjata yang amat besar dan peralatan-peralatan smapai kepada
mereka melalui India dan wang membiayai usaha ini dibekalkan oleh British.
Mereka menggunakan atau lebih tepat mengeksploitasi Aliran
Wahabi oleh Muhammad bin Abdul Wahab dengan tujuan memerangi Negara Islam dan
pertembungan dengan mazhab lain untuk mengapi-apikan peperangan dengan Khalifah
Uthmaniyah.
Para pengikut Aliran ini tidak menyedari tapi Saudi Amir
sedar sepenuhnya. Hal ini bukan antara British dan Muhammad bin Abdul Wahab
(pengasas aliran wahabi), tetapi antara British dan Al Saud. Ganjaran kepada
kelurarga Al Saud kerana memainkan peranan penting dalam pemberontakan akan
ditunaikan oleh British kerusi pemerintahan masa depan Hijaz.
Mereka sangat percaya dan begitu
yakin kpd tuan mereka BRITISH dan sangat angkuh dengan kedudukan mereka bahawa
mereka memanggilnya Saudi pada tarikh 23 September 1933. Dalam dunia ni, ini
adalah negara yang diberi sempena nama keluarga.
From Video Gog And Magog – The Return Of Al Mahdi 2/4
Huraian:
ALIRAN WAHABI?
Didapati Aliran Wahabi Mazhab Hanbali tidak sesat. Kita dapat
lihat Mufti Perlis sekarang ini adalah Wahabi, Cuma ada beberapa pendapat tidak
boleh diterima oleh penganut Aliran Asy’ari dan Mazhab Syafii di Malaysia.
Dalam sejarah mazhab juga dicatatkan perbalahan antara dua fahaman ini.
Tahun
|
Peristiwa
|
Rujukan
|
447 H
|
Berlaku
pergolakan (fitnah) besar antara perngikut Hanbali dan Asy’ari di Baghdad,
Iraq. Sehingga tiada pengikut Asy’ari menghadiri solat berjemaah Jumaat
|
Al-Muntazam
al Bidayah wa al-Nihayah
|
469 H
|
Abu Nasr bin
Al Qusyairi berceramah di Baghdad. Ulama mazhab Asy’ari menyentuh bab akidah
lalu membela mazhabnya dan mecela mazhab Hanbali. Pergolakan tercetus dan
mengorbankan 3 ribu nyawa
|
Al-I’bar fi
Akhbar man Ghabar
|
495 H
|
Seorang
ulama Asy’ari bernama Isa bin Abdillah Al Qaunawi di Baghdad, lalu pergolakan
tercetus.
|
Al Bidayah
wa al-Nihayah
|
580 H
|
Pergolakan
berlaku lagi. Sebabnya, pengikut Mazhab Hanbali mecela Syihabudin al-Tusi
kerana berbincang ilmu kalam di majlisnya. Sultan Muzaffar menutup majlis
kedua-dua aliran.
|
Al-Suluk li
Ma’rifat Duwal Al Muluk
|
Berikut antara Mazhab Hanbali dan Alran Asy’ari (Mazhab
Syafii)
Hakikatnya, Muhammad bin Abdul Wahab tidak mahu membawa fahaman
baru atau berlainan daripada empat mazhab utama seperti yang ditegaskannya dan
dia mengambil Mazhab Imam Ahmad binHanbal sebagai mazhab mereka.
Aliran ini juga memegang Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim sebagai
ikutannya. Namun begitu, gerakan Wahabi ini tidak sunyi daripada kesalahan dan
kesilapan. Konsep bidaah yang dipegang (telah disimpulkan oleh Abu Zuhrah) yang
mana mereka terlalu berpegang pada konsep Ibn Taimiyah sehingga menganggap
perkara tidak berkaitan dengan ibadah juga sebagai bidaah sedangkan bidaah
ialah perkara-perkara ibadah yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah
tanpa asas dalil agama.
Walau apa pun, jasa-jasa Muhammad binAbdul Wahab tetap tidak
dilupakan sebagaimana ditegaskan oleh ulama yang tidak sealiran dengannya,
Prof.Dr. Yusuf Al Qardawi dalam kitab Al Fiqah Al Awlawiyat
menyebutnya sebagai
”antara tokoh muslih yang mengutamakan penyucian akidah
daripada perkara khurafat dan syirik”
untuk rujukan lebih lanjut boleh lihat
pada wikipedia mengenai jasa Muhammad bin Abdul Wahab sepanjang beliau hidup.
Kesimpulannya, Aliran Wahabi tidak boleh disalahkan dalam hal
ini tetapi yang melencongkan fahaman ini sebagaimana dieksploitasikan aliran ni
perlu dipersalahkan.
KERAJAAN SAUDI?
Ya, sebuah negara terletak di tanah arab. Namun, saya
merasakan ada suatu yang tidak kena dengan kerajaan ini.
1)Mengapa mereka menggunakan nilai $ DOLAR untuk menjual
minyak?
Ya, sepertimana kita tahu kuasa dunia baharu dan mandat New
World Order telah diserahkan kepada USA setelah Perang Dunia Kedua tamat.
Sebelum ini ianya terletak pada British, yang mana mereka mengetuai Perang
Dunia Pertama sehingga tamat. Begitu juga dengan kerajaan Saudi yang dulu ditolong
British kini USA. Sebagaimana perjanjian antara Pemilik Minyak USA dan Sultan
Saudi sekitar 50-an.
Pengasas Arab Saudi moden Raja Abdul Aziz, berbual dengan Presiden A.S. Franklin Delano Roosevelt di dalam kapal yang sedang kembali dari Persidangan Yalta pada 1945*
-rujukan wikipedia
2) Apa yang kamu rasa pelik dengan Kerajaan Saudi ekarang?
Cuba kamu lihat lambang kepolisian dan ketenteraan, kenapa ia
bermata SATU?
Ya, tepat kerajaan ini sudah bersepakat dengan USA.
3)Jelaskan apa lagi yang kamu tahu.
Kamu mahu melihat tanda HADIS RASULULLAH SAW yang mana,
“Dajjal tidak akan memasuki Mekah dan Madinah. Dajjal tidak
memperoleh masuk ke Madinah kerana di situ terdapat 7 jalan dan setiapnya
dijaga malaikat. Dajjal akan menggegarkan kota Madinah dan mengeluarkan orang
Munafik di situ.”
“Dajjal berkata kepada pengikutnya di atas bukit, lihatlah
bangunan putih iu, itu ialah istana Ahmad, Dajjal menunjukkan istana itu
(Masjid Nabawi) tepat pada timur istana itu.”
Hadis berikut mula dilihat akan kesohehannya, perkara ini
disebut sejak 1400 tahun dahulu ketika Nabi Muhammad menyampaikan kata-kata
ini, Masjid Nabawi masih lagi dalam keadaan biasa (sejak permulaan pembinaan),
tiada jalan di situ dan hanya ada pasir sahaja.
Kini, Masjid Nabawi.
Kini, jalan ke Madinah (Google Maps)
Kini, Istana Garam/ Jabal Habsyi/ Kingdom Palace yang terdapat tepat pada timur Majid
Nabawi dan lebih dikenali Istana Dajjal.
Tepat di timur.
Pandangan melalui helikopter
Pandangan dari darat.
Lihatlah Rasulullah berbicara perkara benar.
As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]
Di Arab Saudi, Kingdom Tower yang sekarang dalam pembinaan, Adakah ini persiapan menerima Dajjal?
4)Mereka tidak menolong Khalifah Uthmaniyah ketika menghadapi
keruntuhan sekitar Perang Dunia sebaliknya hanya melihat dan membangkitkan
semangat asobiyah(bangsa) terhadap orang Arab dan Turki.
“Kita tidak boleh dipimpin oleh Turki, kita (Arab) mesti
dipimpin orang Arab”
Ini adalah antara perkataan yang keluar pada mulut mereka.
Sedangkan kita , Umat Islam perlu bersatu membanteras kuasa asing yang menindas
kita, bukannya kita bersama dengan bangsa kita sendiri untuk terus membangunkan
negara sendiri.
HASIL KERJA BRITISH DAN USA
Mereka berjaya memecahkan umat Islam yakni tujuan pertama
mereka ialah mewujudkan negara berbangsa dan bukan atas agama. Menjadikan
negara Islam kepada pecahan kecil agar mereka dapat melaksanakan misi Dajjal
nya dengan mudah.
Negara-negara yang mereka lancarkan perang seperti,
Iraq,Iran,Syria,Libya,Mesir,Palestin ialah negara yang mereka tahu bahawa
negara ini jika dipimpin oleh orang yang betul, mesti mereka akan kalah. Oleh
itu, mereka telah melancarkan perang hasil daripada penipuan 9/11 oleh George
Bush menyebabkan Umat Islam dicop sebagai pengganas. Itu hanyalah pemikiran
orang BODOH kerana segala bukti kini telah diketahui bahawa serangan itu PALSU
DAN REKAAN.
Malaysia, kenapa tidak diserang oleh USA?
USA sudah tahu, dulu jika negara Islam seperti Malaysia
hendak diserang oleh kafir ini bertanya kepada kanak-kanak yang menangis,
“Kenapa kamu menangis wahai anak muda?”
“Saya menangis kerana Al Quran saya hilang”
Sehinggakan perkara ini dibincangkan dalam Parlimen British,
"Kita tidak boleh hancurkan umat Islam jika mereka ada ini (al quran)"
Mereka sudah agak, jika menyerang negara ini mesti kami
kalah, lalu dilancarkan serangan HEDONISME (serangan melalui media massa dan hiburan) sepeti yang dialami oleh INDONESIA
DAN MALAYSIA.
Sekali lagi, mereka bertanya,
“Kenapa kamu menangis wahai anak muda?”
“Saya menangis kerana PSP, Xbox, MP3, DVD Drama hilang”
Mereka sudah tahu, tak perlu serangnya negara macam ni.
"BANGKITLAH WAHAI REMAJA..... JANGAN LALAI DENGAN ALATAN
ELEKTRONIK DAN MEDIA SERTA HIBURAN KINI. GUNAKANLAH IA SEBAGAI BAHAN UNTUK
PENYEBARAN DAKWAH."
KESIMPULAN PENUH
Saya tidak berniat untuk menyampaikan perkara yang
diada-adakan, namun ini adalah perkara benar dan sememangnya terjadi. Saya
harap anda semua memahami Kerajaan Saudi moden ini. Kita hendaklah menyebarkan
perkara yang baik dan betul pada umum.
Terpulanglah kepada anda untuk
mempercayainya atau tidak, nanti saya akan tulis DUNIA NWO HAMPIR MENCAPAI
MATLAMATNYA. Saya akan memberitahu sedikit perancangn NWO dan tanda Dajjal dan
Imam Mahdi hampir tiba. Antara isinya ialah Di Mana Sharif (keturunan Nabi)?
No comments:
Post a Comment