Thursday, 3 December 2015

Khutbah Jumaat 4 Disember (OKU)


Khutbah Jumaat 4/12:
Mengenai Orang Kurang Upaya (OKU)

Pada suatu hari,
RASULULLAH saw sdg bercakap dgn para pembesar musyrikin dgn harapan agar mereka menerima Islam. Dan ketika itu, Rasulullah didatangi Abdullah yg mana dia cacat penglihatan dan bertanyakan kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, ajarkan aku tentang Islam?".

 NAMUN, Rasulullah teruskan perbincangan dengan para pembesar musyrikin, berikutan drpd peristiwa itu Rasulullah ditegur oleh Allah dalam surah Abasa ayat 1-10. Kemudian, Rasulullah memanggil Abdullah di hadapan sahabat Rasulullah, itulah dia org yg membuat aq ditegur oleh Allah...

Ia memasamkan muka dan berpaling,
Kerana ia didatangi orang buta.
 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)
!Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya)
.Adapun orang yang segera datang kepadamu,
Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah),Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
[QS. 'Abasa: Ayat 1-10]

Disini ditegaskan untuk membantu OKU, malahan ada hadis Riwayat Tarmizi, "Sesiapa yg permudahkan kesusahan orang lain, maka akan dipermudahkan kesusahannya di akhirat... "

Maksudnya, tiada kerugian dalam membantu orang walaupun sedikit, golongan OKU hendaklah dibantu sewajarnya. BUKANNYA, menghinakan mereka, mungkin mereka lebih mulia disisi Allah.

 Kita sebagai manusia sempurna sifat badan perlulah tunaikan tanggungjawab atau membantu org yg kurang sempurna, dengan sifat begini akan lahirlah sifat saya na ng menyayangi antara satu sama lain... INI juga sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah.

by:ize_syed


No comments:

Post a Comment