HARGA SEBUAH LUKISAN
Ahmad
Nur Faiz itulah namaku bermaksud Yang Terpuji cahaya yang berjaya. Aku
mengenangkan kisah percintaan sewaktu aku masih muda.Sememangnya, aku akan
ingatnya sampai di hembusan nafas akhirku.
“Kring!!”
Loceng sekolah menandakan masuk waktu sekolah.
“Aduh,
dah lewat ni...” aku mengayuh dengan laju basikal aku dan aku telah dapat
mendengar loceng itu berbunyi nyaring di telinga ku ini. Kelihatan pelajar
berbaju biru sedang mengutip nama pelajar yang lewat.
“Alamak,
dah la hari pertama sekolah, Tingkatan Satu pulak tu”itulah getusan hatiku dan
aku tidak melihat lagi halangan di hadapan.
Tiba-tiba
aku dilanggar oleh seseorang di hadapanku. Aku jatuh bersamanya di hadapan
pintu pagar. Alamak malu betul aku waktu itu.
“Dah,
korang ni dah kenapa? Nak buat date ke depan sekolah ni, bak nama sini”punyalah
garang mak ai, pengawas tu. Eh, kejap date? Aku melihat basikalnya dan tuannya.
Eh, nampak gaya memang perempuan, kelihatan perempuan itu mengadu sakit.
“Aduh!!”mendengusnya
di situ.
Aku bangun
lalu ingin mennggapainya. Tiba-tiba dia mengambil bukunya yang dalam raga itu,
lalu menampar aku,
“Eh,
kalau orang bawa basikal memang tak tengok depan ke?”tengking perempuan tu kat
aku.
“Ya lah
aku minta maaf”aku menyapu muka aku yang baru dimakan penampar ni lalu menuntun
basikal ku masuk ke sekolah.
“Ha!!
dah lupa nak tulis nama ke? Mari sini...” Ahmad Farizuan memanggilku.
“Aduh!!
Punyalah teruk permulaan hari ni,”bisik hatiku. Aku menaiki tangga dan menuju
ke kelas 1 Warkah maklumlah sekolah aku ni sekolah harian, SMK Seri Belanga,
Terengganu.
____________________________________________________________________________
Masuk je
kelas, aku dah nampak muka geng-geng sekolah rendah aku, “Oi, Ucop, Aiman,
Karim, awal kau sampai”
“Biasalah, hari pertama, kau tu yang tak biasa, asyik dengan
PS4 kau je sampai tengah malam” gelak mereka beramai-ramai. Aku terus mengambil
tempat yang kosong. Kelas kami diaturkan secara pasangan iaitu dua meja, tapi
yang sebelah aku ni still kosong sampailah rehat menjelma.
Kitorang cam biasa rehat kat kantin, sebaik sahaja naik ke
kelas masa Bahasa Melayu pula diajar oleh Guru Kelas kami, Puan Faizatul.
“Ok, murid-murid kita ada pelajar dari luar negeri” Cikgu
Faizatul menjemput seorang pelajar yang berdiri di luar kelas.
“Kenalkan ini, Nur Qistina Balqis dia ni asal Kelantan”
Cikgu Faizatul memperkenalkan pelajar itu. Ketika itu aku sedang mencari buku
Bahasa Melayu bawah meja, aku dengar sikit-sikit je.
“Ok, duduk dekat tempat kamu tu” Cikgu Faizatul
mempersilakan Balqis untuk duduk di tempatnya. Aku masih lagi rancak mencari
buku. Kemudian, aku menjumpai buku itu lalu aku kembali kepada kedudukan asal.
“Aish, kenapa dingin semacam je sebelah aku ni” aku menoleh
ke kiri. Rupa-rupanya perempuan yang tampar aku pagi tadi, duduk sebelah aku.
Dia kelihatan senyum sahaja. Lalu melihat aku. Aku mengalihkan pandangan dengan
sengaja menjatuhkan pen. Wajah Balqis juga berubah sewaktu melihat aku.
_____________________________________________________________________________
Hari itu, berlalu tanpa sebarang perkataan dikeluarkan oleh kami, mungkin kami terkejut sebab kes pagi tadi.
Dalam perjalanan
pulang itu, kami pulang pada jalan yang sama,
“Apahal minah ni, ikut aku”bisik hatiku. Sebaik sampai di
pagar rumah, aku terus melihatnya. Rupa- rupanya dia tinggal di banglo hadapan
rumahku. Maklumlah, kitorang ni orang kaya.
Pada petang itu, hujan menemani hobi aku, melukis lukisan.
Pada hari ini, aku dapat ilham nak lukis sesuatu. Aku melihat cermin tingkapku
yang dihiasi jalur-jaluran air. Tiba-tiba aku terpandang satu bayang , dia
melihatku. Lalu, dia ketawa dan keluar daripada biliknya dan duduk di bawah
balkoni berbumbung.
“Awak suka melukis ke?”tanya Balqis yang seakan melupakan
peristiwa pagi tadi.
“Emm, ya memang saya suka? Kenapa awak suka ke?”saya
senyum-senyum kambing dan langsung tidak memberikan perhatian kepada Balqis.
Balqis mengeluh,”Janganlah, camni Balqis gurau je pagi tadi,
awak marah lagi ke?”
Gila kau tak marah?, getus hatiku. “Taklah saya ok je,
penampar awak tu lembut sangat, saya tak kisah pun, lain kali tampar lagi” aku
memerli Balqis. Kelihatan, Balqis ketawa kecil lalu berpesan kepadaku.
“Faiz, kalau awak rasa lukisan awak cantik, bawalah ke
sekolah esok, saya nak tengok,”
“Oh, boleh je,”aku seperti biasa respon yang kosong
“Ya Allah lupa, Faiz kita pergi sekolah sama-sama esok, kita
gerak pukul 6.30, baru tak lambat”
Alamak! Ini kali pertama aku ada
teman nak ke sekolah. Selama ini hanya sebatang kara, dengan perjanjian manis
itu, memang aku akan awal punya esok.
_______________________________________________________________________________
Hidupku kini kian berubah. Hubungan kami seakan adik-beradik.
Setiap hari kami bertemu bermula Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Aku
merasakan aku telah jatuh cinta pandang pertama dengannya. Sebenarnya peristiwa
pada permulaan itu, aku melihat matanya dalam-dalam. Ya Allah adakah ini
destiny aku.
Bagaikan rakan karib, aku melayani Balqis sebaik mungkin,
segala kisah aku takkan lupakan, malah aku membukukan kisah ini, sebagai mana
sekarang. Aku gembira melihat Balqis senyum setiap hari. Jikalau dia menghadapi
masalah akan kami selesaikan.
Malah kadang-kadang kami buat perkara sweet macam bertukar
pen, coklat dan beg. Kami merasakan suatu keseronokan kerana kami telah jadi
seperti sahabat karib. Memang aku takkan lupakan setiap kenangan dan detik
bersama Balqis.
Pada setiap pagi hujung minggu,
kami akan berjoging bersama-sama di taman. Berehat ddi bawah pokok,
berborak-borak. Pada waktu petangnya, aku akan pergi ke rumah Balqis bersama
keluarga aku untuk minum petang. Sememangnya, kami tak boleh dipisahkan.
_______________________________________________________________________________
Di waktu Tingkatan Lima aku memperoleh 8A 1B, manakala
Balqis 7A 2B. Aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Jepun. Pada
malam aku nak pergi ke KLIA. Kami sempat bertemu buat kali terakhir di haddapan
rumahku.
“Balqis, saya nak pergi Jepun dah ni”aku meletakkan beg
dalam bonet kereta. Aku melihat Balqis mulai mengalirkan air mata.
“Kenapa, Balqis menangis ni?”aku tidak pernah melihat dia
menangis sebegitu terhadap aku.
“Ya lah, Fa..Faiz nak pergi Jepun, nanti Faiz tak ingat
Balqis... Balqis nanti rindu Faiz,”alamak rindu pulak, dia ni...
“Jangan sedih, Balqis awak akan kekal di hati saya, ingat
saya akan selalu ingatkan awak...”Aku turut mengalirkan air mata jantanku ini.
Aku bersalaman dengan keluarganya dan bergerak ke Hokkaido pada malam itu.
Setiap bulan aku di Hokkaido aku akan mengirim surat kepada
ibu bapaku dan Balqis. Namun, ketika aku tamatkan pengajian di sana, aku terus
ditawarkan bekerja di Pusat Pengggalian Petroleum di Jepun. Maka, aku tidak
boleh pulang ke Malaysia.
Itu tidak membuatkan ku patah hati, menunggu Balqis. Aku
akan kumpul wang di sana dan pulang untuk meminangnya. Aku janji.
Setelah lima tahun aku
berkhidmat di sana. Petronas Bhd. menawarkan aku untuk bekerja di Kerteh,
Terengganu. Lalu, aku menerimanya.
______________________________________________________________________________
Aku pulang buat kali pertama di Malaysia setelah 8 tahun di
perantauan. Ibu bapaku dan keluarga Balqis tidak aku maklumkan kepulangan ku.
Aku sampai di Terengganu sekitar jam 2.00 Petang. Di sepanjang laluan ke
rumahku aku melihat ianya dipenuhi dengan barisan kenderaan yang panjang. Aku
mulai hairan.
Aku mulai melihat di hadapan rumahku sedang berlangsung satu
majlis. Kebetulan, mungkin abang Balqis berkahwin. Aku sudah membawa hadiah
bersamaku.
Aku menjumpai ayahku di bawah kanopi Lelaki,
“Ya Allah, anakku bila kau balik, pergi jumpa mak kau kat
dalam tu”
“Ya, abah dapat surat dari Petronas minggu lepas, hari ni
saya nak suprise sikit dekat ayah” aku bersalaman dengan ayahku.
Aku melangkah masuk ke ruang
tamu untuk melihat abang Balqis bersanding. Tiba-tiba aku terkejut melihat pengantin
itu, lalu aku pulang ke rumah.
Aku tak sanggup melihat perempuan yang aku cintai umpama
Mawar yang aku sirami air, kini menjadi milik orang. Lalu aku menulis surat,
“Kepada Nur Qistina Balqis,
Selamat Pengantin baru saya ucapkan. Usah awak terkejut akan
sikap saya semalam. Begitulah hakikat yang saya perlu terima. Memang dunia ini
terlalu kejam bagi saya. Saya tidak akan lupakan awak sampai bila-bila. Sememangnya
saya bukan jodoh awak, saya terima takdir tuhan. Saya Cuma nak cakap JOM KAHWIN
pada hari itu tetapi semuanya MUSNAH. Kenapa? Kenapa ? Apakah salahku? Aku
tidak akan mencari perempuan lain selain engkau. Saya sayang Awak sepenuh hati
saya. Itu saja dapat saya luahkan.
Daripada, Pemilik Cinta Palsu,
Ahmad Nur Faiz”
_____________________________________________________________________________
Tiga bulan kemudian, Faiz telah dijemput Ilahi. Namun, dia
tidak menghantar surat ini kepada Balqis. SAYA Balqis telah pergi ke rumahnya
dan melihat biliknya.
“Ya Allah, kenapa ni Faiz?”aku sedih lalu menangis di meja
kerjanya aku melihat berpuluhan potret mengenai aku dan itu semua kenangan aku
bersamanya. Kenapa aku terlalu kejam, aku telah kejam kepada seorang lelaki
yang mencintai aku setulus hatinya. Maaf Faiz, aku terpakasa berkahwin dengan
pilihan keluargaku.
Yang paling aku terkesan ialah suratnya yang terakhir
direkodkan pada tiga bulan lepas di dalam diarinya. Lalu, aku dapati terdapat
sebuah kunci. Lalu, aku mencari kunci yang sepadan dengan lubangnya. Aku
akhirnya menjumpai sebuah kotak di hujung bilik itu, lalu aku membukanya.
Sekali lagi, air mataku mengalir pantas melihat sebuah
potret lukisan aku bersamanya bersanding di atas pelamin. Tajuk potret itu
ialah Harga Sebuah Lukisan.
Kisah cinta ini tak akan aku lupakan. Inilah cinta sejati
Faiz. Dialah cinta hatiku yang pertama. Kisah ini telah aku ceritakan kepada
anak-anakku dan aku berharapan agar anakku tidak memperlakukan seperti aku.
Terima Kasih Faiz.
cerpen by: ize_syed
Huhuhuhuu... nangis teman baca cerpen mung.. huhuhu..
ReplyDelete