Alhamdulillah, berjaya siapkan video Pertama Nur Remaja Tahun ini. Try buka.
Saya menggunakan Justin Bieber untuk Video Pembongkaran Tanda Illuminati.
Untuk video asli, sila search, Justin Bieber What Do You Mean Official Lyrics Video.
Tengok, albumnya cukup sahaja memaparkan Salib Terbalik kerana yang bawah (panjang) naik ke atas. Ini bermaksud Antichrist iaitu Dajjal
Mengapa dipanggil Antichrist? Kerana Dajjal membuat undang-undang baru dalam Kristian iaitu Penghalalan babi, arak dan seks.
Tengok persamaan salib di bawah.
Sekarang ini, di kebanyakan negara dunia sudah membangkitkan isu Antichrist dalam pentadbiran negara. Iaitu penularan ideologi Antichrist atau Freemason dalam pentadbiran. Yang mana, kita dapat lihat di Malaysia sudah mulai mencatatkan penglibatan Ahli Politik dalam Freemason.
Saya dapat melihat di RANCANGAN televisyen seperti baru-baru ini, Gegarvaganza dan Juara Parodi. Mulai menunjukkan ciri-ciri Illuminati dalam Skrin Layar di belakang. Jika kamu perasan ada segitiga akan keluar kemudian bergabung seakan bintang Bendera Israel. Cukup membahayakan Malaysia sekarang ini,
Kembalilah pada Islam. Kita sudah mulai dihasut oleh SIHIR Moden Illuminati.
Alhamdulillah, kamu semua masih bersama kami di Nur Remaja.
Kita saksikan Penipuan Dunia yang seterusnya. Mungkin, anda tertanya-tanya di
mana penipuannya. Saya tidak jamin anda akan tahu tapi saya jamin anda akan
fahami apa yang saya maksudkan dalam bab ini. Tetapi, secara jujurnya, kami
ingin memberhentikan terlebih dahulu siri ini kerana kekangan masa.
Insya Allah kami akan teruskan pada tahun hadapan dengan
LEBIH GEMPAK DAN MENARIK. Buat masa ini, kami akan teruskan agenda DAKWAH kami
di kalangan Remaja. Insya-Allah.
Saya nak share satu perkara lah di sini. Kami mungkin akan
jadi sasaran jika PERLUASAN PERKARA seperti SPD ini diteruskan, itu saya tahu.
Tapi Kami Takut Allah. Memang benar, tapi pihak PENULIS, THE PROTOCOL OF ZION
juga terkejut dengan pembongkaran buku mereka dan kini memasuki pasaran GLOBAL.
MEREKA BERKATA,
“UMAT ISLAM TIDAK AKAN MENGAMBIL KISAH AKAN HAL INI”.
Sebelum itu, di
persidangan RAHSIA KAFIR LAKNATULLAH DI BARAT menyentuh pasal ISLAM dan
bagaimana menghancurkan UMAT ISLAM, salah seorang daripada mereka bangun dan
berkata,
”Kita perlu pisahkan UMAT ISLAM daripada INI (AL-QURAN)”.
FAHAM? Mereka sudah hampir mempersiapkan sepenuhnya ketibaan
ketua MEREKA, DAJJAL. Kini hanya tinggal beberapa step sebelum selesai.
Ingatlah, Allah wahai rakan-rakanku. Di zaman ini terlalu banya kerosakan
terutama KEROSAKAN MINDA. Kita lihat anak-anak muda dan remaja. Ya Allah, moga
kami jauh darpipada benda lagha itu.
Sesungguhnya, tanpa
izin Allah, siapalah kita. Ikutilah perkembangan dakwah kami di
Instagram dan Facebook. Jika anda ingin menjadi sebahagian dari COMPANION kami
boleh pm kami di Facebook. ASSALAMUALAIKUM...
Seperti kita ketahui, Dajjal ialah pembawa Fitnah ATAU KEROSAKAN di bumi. Ada juga
disebutkan dalam hadis, mengenai Dajjal yang akan membawa Syurga dan Neraka.
Itu akan dihuraikan kelak. Sekarang, saya ingin memberitahu mengenai Dajjal
Sebelum Al Masih Dajjal.
Senang, saya beritahu ianya adalah Freemason. Mengapa?
Lihatlah rancangan mereka dalam merosakkan BUMI. Pelbagai tipu muslihat telah
dibuat anataranya, peristiwa 9/11. Yang peliknya, Rakyat Dunia atau USA
kebanyakannya belum mengetahui hal sebenar? Nampaknya mereka telah termakan
SATU RESIPI RAHSIA FREEMASON.
PENJAJAHAN MINDA.
Mungkin kebanyakan orang akan rasa saya ni berfikiran pelik.
Itu sudah cukup menunjukkan kita benar-benar dijajah. Kenapa? Kita semua terperangkap
dalam satu permainan yang agak Trick atau menipu. Di mana kadang-kadang kita
akan ditipu dan kita mempercayai penipuan itu, kita disuap dengan hiburan. Kita
semakin lalai di dalam hiburan dunia.
Kemana arah kita sebenarnya? Ya, kita akan kembali pada
Allah.
Namun, itu bukan subjek utama saya . Saya nak jelaskan
permainan ini. Yang mana, siapa yang TERSILAP. Dia akan tersilap selagi dia tak
sedar dari mimpi yakni penipuan.
Penjajahan Minda merupakan senjata atau resepi paling utama
setelah resepi pertama Freemason GAGAL atau Cuma digunakan pada mereka yang
KEBAL dalam Penjajahan Minda iaitu PEPERANGAN.
Sebagaimana kita lihat PERISTIWA 9/11 yang telah menyebabkan
dunia mula berpandangan Islam ini Pengganas. Oleh itu, saya nak katakan. Mereka
yang berkata begitu sudah DIGODAM oleh Freemason.
Kenapa? Mereka tidak lihat
sekeliling mereka.
Siapakah Yang Membunuh Jutaan Penduduk Asli Amerika?
Siapakah Yang Mencetuskan Peperangan di Iraq?
Siapa yang MEMERINTAH DUNIA?
FREEMASON YANG BERHASIL MEMANIPULASIKAN SEMUA FAKTA DAN SEJARAH PERADABAN
DUNIA.
Melalui apa yang telah diteliti, saya dapati Freemson dengan
senang hati akan berkata, “Kami sudah menang. Kami sudah berjaya kuasai
kebanyakan mereka.” Kenapa?
Lihatlah di sekeliling kita. Cuba kita lihat di rumah kita.
Apa yang paling berpengaruh dalam kehidupan kita seharian. Ianya adalah
Televisyen. Oh, saya terlupa menceritakan mengenai Penjajahan Minda. Saya harap
kamu akan buka MINDA untuk terima teks saya ini. Biarpun, kamu akan mengatakan
saya masih MUDA untuk mengarang perkara sebegini.
Cukuplah Allah yang akan menilai saya.
Saya akan tuliskan, ulasan dalam The Arrivals Part 03
(Children Mind Control).
“Televisyen menghuburkan setiap ahli keluarga kamu dan secara
tidak langsung mempengaruhi kehidupan kamu. Dalam kehidupan kini, manusia
menghabiskan lebih banyak masa dengan saluran media. Telebisyen, wayang,
permainan komputer, cerita dongeng, lagu-lagu. Ia menjadi satu aspek penting
dalam kehidupan manusia.
Semua ini menyalurkan maklumat yang banyak ke dalam minda
kita secara sedar atau tidak. “
Setakat ini sahaja yang saya ambil, saya akan teruskan dengan
teks saya. Di sini, kita dapat lihat Permainan Freemason dalam membentuk
masyarakat yang taksub pada HIBURAN.
Mereka mengetahui sebilangan jumlah BESAR
manusia atau secara HAKIKINYA memang manusia gemar HIBURAN. mereka meletakkan penanda aras setiap hiburan dengan membawa imej buruk dalam keindahan serta mesej lucah. Ini semua todak disedari jika betul-betul taksub dan tidak dikaji.
Oleh itu, mereka telah menyediakan plot untuk Hiburan seperti
Rancangan Televisyen , Kartun, Laman Sosial, Games dan Berita. Apa yang
disalurkan oleh mereka akan terus dipercayai oleh kita. Mereka menganggap kita
ZOMBI. Kerana kita ni tidak menggunakan otak sepenuhnya untuk mengetahui atau
hanya PERCAYA kepada kita apa yang disampaikan oleh mereka.
Senang cerita, kita lihat Movie , Siapa Yang Pegang?
Hollywood. Apa syarikat Hollywood? Disney, Warner Bros dan dll. Siapa
pengasasnya? Yahudi aka Freemason. Berapa banyak saluran Televisyen di dunia
memaparkan HIBURAN SEPERTI NYANYIAN? SIAPA MULAKAN DAHULU? YAHUDI AKA FREEMASON
DI AMERIKA.
96% Media Massa dalam Penyaluran Maklumat dan Telekomunikasi
dikuasai Topeng-Topeng Freemason. Saya akan katakan, “Siapa kuasai Media dia
akan Kuasai Dunia”
It is a simple sentence. Dengan media sebegini yang
merosakkan AKHLAK UMAT ISLAM, MEROSAKKAN BUDAYA UMAT ISLAM, MEROSAKKAN AKIDAH
UMAT ISLAM, MEROSAKKAN IDEOLOGI ISLAM, MEROSAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM. Secara
mudah, MEDIA.
Mereka menyebarkan puluhan berita palsu.Menyokong pendirian
SALAH. Mendakwa Kebenaran adalah Palsu. Mengangkat Maksiat sebagai satu cara
hidup. APAKAH INI!?? DI MANA KITA DALAM
SEMUA SENARAI INI... KITA ADALAH BONEKA YANG SENTIASA DIJILAT API.
Rasulullah saw bersabda, di akhir zaman nanti, orang yang
bawa kebenaran akan ditindas dan golongan yang bawa kebatilan akan disanjung.
Nampaknya, hadis Rasulullah benar-benar direalisasikan. Kita dapat
lihat di MALAYSIA sendiri. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Kemudian di Bab ke-4. Saya akan teruskan dengan Ideologi
Freemason atau Ciri dan Budaya Freemason.
Kembali bersama kami Nur Remaja dalam Siri Penipuan Dunia Bab
Kedua.
Tajuk: Freemason atau Illuminati
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, anda masih mengikuti Siri Penipuan Dunia
yang memang akan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan mungkin sehingga
Bulan Januari. Di samping itu, kami Nur Remaja juga akan beri nasihat dan
bimbingan pada anda semua.
Ok, pada permulaan terutamanya pada 1-3 iaitu Dajjal,
Freemason dan Dajjal Sebelum Al Masih Ad Dajjal, kami ingin terangkan secara
perlahan-lahan yakni pengenalan bagi anda semua.
Freemason atau dalam bahasa Arabnya, Al Masoniah bermaksud
pembina-pembina. Pembina yang dimaksudkan di sini ialah pembina EMPAYAR TANAH
YANG DIJANJIKAN ATAU HAIKAL SULAIMAN yakni berpusat di Israel.
Lakaran Haikal Sulaiman
Peranan mereka
amat besar iaitu mebawa Zaman Kegemilangan atau Mengangkat Israel sebagai
Pemerintah Dunia atau New World Order. Yang lebih tepat, ialah menunaikan misi
keempat AL MASIH.
Mereka ini membantu kepulangan AL MASIH yang dinantikan oleh
Puak Yahudi dan Zionis, sebagaimana yang dijanjikan ALLAH SWT. Namun, ini semua
palsu. Freemason tidak percaya tuhan, malah menyembah Syaitan , Iblis dan
Dajjal. Maka tidak hairanlah terdapat nama lain dalam Freemason iaitu pecahan
besar dalam pemerintahan iaitu Lion Club, 300 , Luciferians, Kabbala dan
lain-lain.
Lions Club
Luciferians
Kabbalah
Misinya sama seperti Illuminati. Yang menjadi kehairanannya,
mengapa mereka masih melakukan perkara ini, sedangkan mereka tahu mereka akan
kalah di tangan Islam. Sebenarnya, mereka tidak percaya Hari Kiamat. Yang mana,
mereka katakan, “Kehidupan ini hanya sekali, maka manfaatkannya.” Begitulah
mereka (penganut Freemason) boleh dikatakan batal aqidah kerana membantu Dajjal
dan Tidak Percaya Hari Kiamat.
Seejarah penubuhannya cukup rahsia yakni ada tiga pendapat.
Pendapat yang masyhur ialah sekitar abad ke-18, Adam
Weishaupt menubuhkan Freemason bersama Pakar Yahudi seperti Rockerfeller dan
Rothschild.
Adam Weishaupt
Pendapat kedua ialah di zaman Pemerintahan Raja Herodous
iaitu Sebelum Masihi. Raja Herodous ini yang bertanggungjawab membunuh Nabi
Zakaria AS dan Yahya AS. Juga pernah mencuba Nabi Isa AS.
Pendapat ketiga juga kuat iaitu bukan Freemason tetapi
Illuminati. Setelah British atau barat menakluk Palestin sekitar abad ke-9-11,
Knight Templaar telah menceroboh bawah Masjid Al Aqsa lalu menjumpai harta yang
bernilai. Cerita ini juga direkodkan dalam Filem Hollywood, The National
Treasures.
Namun, bukan harta seperti emas dalam filem itu. Tetapi, ianya lebih
bernialai daripada emas iaitu buku pengamalan SIHIR ZAMAN NABI SULAIMAN.
Mereka telah menggunakan sihir itu dan ramai telah tertarik
dengan mereka. Tidak lama selepas itu, Raja Perancis pada zaman itu, memanggil
Knight Templer agar dihukum kerana menyalahi Agama Kristian. Namun, pihak
Scotland membawa sebahagian daripada mereka tinggal di sini.
Lalu, Scotland yang masih dicengkam pemerintahan Britain, mulai
goyang lalu mereka memohon bantuan Knight Templer untuk mengaturkan serangan ke
atas Britain. Lalu, mereka berjaya. Daripada zaman itulah, bermulanya Monarki
British dan Kumpulan Illuminati seperti 300 mulai mengatur dan menulis
rancangan bagi MENAKLUKI DUNIA.
Terlebih dahulu, mereka membentuk negara BERSATU iaitu UNITED
KINGDOM bersama Britain, Wales, Ireland dan Scotland. Namun, pusat
pemerintahannya di London. Mereka merancang penubuhan negara USA yang kini
rakyatnya sebilangan besar adalah ROMAN. Mereka bukannya rakyat ASLI (Red
Indian). George Washington merupakan Presiden Pertama USA merupakan orang
British dan Freemason. Buktinya, terdapat patung di Washington berbentuknya dan
ianya sama seperti Simbol Kabbalah.
George Washington seorang Freemason (Presiden 1 USA)
Illuminati merancang peperangan dan Revolusi Perancis. PADA
ZAMAN MODEN, mereka telah bersatu dengan Yahudi Barat (Zion), Kristian Barat
(Roman Katholik), Pemimpin Dunia, Freemason dan Luciferians agar bersama-sama
MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN ISRAEL (ZAMAN NABI SULAIMAN AS) DAN MEMPERSIAPKAN
DUNIA UNTUK AL MASIH PALSU. INGAT!! MEREKA TIDAK MAHU AKHIRAT TETAPI DUNIA
YAKNI WANG.
Berikut merupakan Ahli Freemason yang sedang menggiatkan
kerja yang dirancang seperti Karl Marx, 90% Presiden Amerika, Semua Ahli
Parlimen British, Ratu Elizabeth (Ketua Kumpulan 300).
Kumpulan 300 atau Freemason dan Illuminati seluruh dunia
telah mulai bertapak di setiap NEGARA. Tidak terlepas, Malaysia. Dikatakan
Sejarah Penubuhannya ada DUA.
1)Iaitu di Pulau Pinang ketika Penjajahan British.
2)Kedua, kedatangan Stamford Raffles yang mebina Lodge di
Singapura. Pembinaan Lodge Pertama di Tanah Melayu.
Sejak daripada ini, bermulalah Penubuhan Rahsia ini. Mereka
merancang PEMERINTAH DUNIA DAN PEMIMPIN DUNIA. Di Malaysia terdapat lebih
daripada 50 lodge (rumah ibadat Freemason) dan ada di semua negeri kecuali
Terengganu mempunyai ahli hampir 3000. Ini merupakan suatu yang buruk. Kemungkinan,
mereka telah merancang pelbagi Konspirasi. Tapi kita kena YAKIN JANJI ALLAH.
ALLAH AKAN MEMENANGKAN ISLAM.
Sedikit perkongsian mengenai persamaan Freemason dan Kabbalah serta Illuminati. Lihat gambar di bawah (George Washington), anda akan faham.
Sampai sini sahaja Penerangan Freemason. Sebagai permulaan
atau asas kepada kita (Umat Islam). Begitu, JAHATNYA RANCANGAN Freemason akan
dinyatakan pada Bab Keenam yang mungkin akan membuat anda pening atau pelik.
Nantikan saja di Nur Remaja. Ikuti kami di Instagram dan Facebook.
BAB Ketiga = Ciri dan Budaya Freemason di Dunia dan Malaysia @ Rancangan Konspirasi Freemason
Assalamualaikum, hari ni saya nak sentuh pasal sahabat. Sahabat ini ialah orang atau lebih tepat makhluk yang bernama manusia, yang anda kenali dengan rapat atau biasa.
Sahabat atau kawan ni saya kategorikan kepada empat iaitu:
11)Sahabat susah dan senang
22)Sahabat terpaksa
33)Sahabat kesempatan
44)Sahabat sementara
Dengan senarai itu, kita dapat lihat sendiri sememangnya, ada satu je yang korang atau kita akan setia dan memang agak Kurang Bijak jika kita menolaknya atau tikam belakang dia atau buat tak endah dengan dia iaitu SAHABAT SUSAH DAN SENANG.....
Ok, saya nak ulaskan Sahabat Terpaksa. Sahabat terpaksa ni boleh dikatakan memang meluas di seluruh dunia haha... In this century, kita perlu belajar dalam satu kelas, grup or apa-apa je, yang mengaitkan kita dengan orang-orang lain.
Yang mana, kebanyakkannya kita tak suka. Bukan sebab apa, tapi mungkin kita kurang bergaul atau suka menyendiri.
Satu lagi, sahabat terpaksa ni biasanya ringan tetapi malas gak kekadang kan? Tapi melalui persahabatanlah lahirnya ukhuwah (budak SMKA bagitau).
Kalau kita tengok dalam Facebook, Wechat, Instagram yang ramainya sahabat terpaksa nilah. Terpaksa add, follow, follow back, chat kosong dan paling teruk, boom. Tapi inilah sahabat terpaksa nak buat camne kan?
Kenapa saya panggil kesempatan sebab sahabat nilah paling ramai orang benci dalam dunia. Sebab apa? Time susah cari kita, minta tolong dengan pelbagai rayuan bak syurga bah... Tapi, apa yang beri pada kita balik? Macam meludah ke langit.
Saya tak nak describe banyak sangat sebab nanti bergegar keyboard ni. Paham-paham lah.
Sahabat ini ialah sahabat paling sekejap tapi dialah paling kita ingat dan lupakan. Dan juga sahabat yang biasanya mudah didapati di Kem, kan? Tapi sahabat ni paling banyak tolong kerana kita saling tak kenal dan saling membantu sebab masa tu fikir pasal teamwork. Yang mana, ianya tidak menjejaskan perhubungan luar tetapi soul untuk berjaya.
Jenis yang terakhir ni, memang jarang didapati dan senang dibuang, kan?
SAHABAT SUSAH DAN SENANG, DUNIA DAN AKHIRAT.
Boleh dikatakan sahabat ini perlu menepati beberapa ciri iaitu
Ikhlas
Jujur
Pandai Jaga Hati
Saling Menasihati
Tahu Apa Yang Baik Untuk Sahabatnya
Ringan Tulang
Pentingkan Sahabat
Tak Mudah Putus Asa
Pakar Motivasi
Kenal Kita
Sebagaimana, sayangnya para sahabat kepada Rasulullah itulah yang patut kita contohi, ingat tak kisah Abu Bakar yang sanggup menahan sakit disengat kala jengking ketika bersembunyi di gua semasa peristiwa hijrah. Abu Bakar menahan air matanya namun terjatuh pada Nabi Muhammad SAW yang ketika itu berada di ribaan Abu Bakar.
Subhanallah , betapa sayangnya seorang sahabat. Sayang ni penting dalam setiap perhubungan. Tanpa sayang, siapalah kita? Ibu bapa? Anak-anak? Jadikanlah Rasulullah sebagai teladan yang menunjukkan sifat Kasih Sayang kepada semua insan.
Oleh itu, jadilah kita sebagai sahabat dalam kategori ini. JANGAN tinggalkan sahabat ini. Sayangilah sahabat ini. Doakanlah terbaik untuknya. Sesiapa yang mendoakan kebaikan kepada seseorang tanpa diketahui oleh orang itu, maka malaikat mendoakan kebaikan kepada orang yang mendoakan itu.
Bismillahirrahmanirahim .... Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menghuraikan
siri-siri Penipuan Dunia. Semoga kalian semua akan sentiasa mengikuti siri ini
dan jangan langkau satu siri kerana mungkin akan menyebabkan anda tidak faham
akan keseluruhan hal ini.
Sebelum saya memulakan Kisah Penipuan Dunia, mari sama-sama
kita hayati hadis ini,
Rasulullah s.a.w berssabda:
“Sesungguhnya aku benar-benar
akan memperingati kamu akan bahayanya (Dajjal) tidak ada satu Nabi pun, kecuali
dia memperingati kaumnya (akan bahaya fitnah Dajjal) ...sesungguhnya ia bermata
sebelah... ”
Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi dari Ibnu Umar.
Maksudnya di sini, dajjal ialah manusia, yakni wujud.
Kemungkinan ia telah wujud sejak Nabi Adam AS dan pengkaji Mesir mengatakan ia
wujud sejak 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa AS yang mana Dajjal dipanggil
sebagai Musa Samiri ketika di zamannya. Terdapat beberapa lagi catatan mengenai namanya seperti Om (hindu), Ray (Mesir Purba) dan Horus.(kebanyakan digunakan oleh selebriti moden)
Saya rasa tidak perlu dihuraikan akan sifat-sifatnya, cukup
kita ketahuinya sebagai Pembawa Fitnah yakni kerosakan di dunia dan merupakan pakar. Sedikit lagi tentang
sifat dajjal seperti hadis berikut,
Rasulullah bersabda,
“Tertulis di antara dua matanya hufur kaf,fa dan ra (yang
bereti kafir)”
Seterusnya, saya ingin merungkaikan Di Mana Dajjal berada
sekarang? Sudah pasti anda pernah mendengar hadis berkaitan Tamim Ad-Dari. Yang
mengembara dengan sebuah kapal. Ketika ia mengembara mereka didatangi ribut dan
dihanyutkan selama sebulan. Jika kita berfikir secara logik sebelum mereka
mendarat di sebuah pulau.
Mereka akan menempuh antara dua buah laut iaitu di Laut Merah
dan Laut Medditerian (Rujuk Gambar di bawah) kerana mereka berada di Hijjaz
iaitu selatan Arab. Namun, jika mereka melalui Laut Merah ianya kelihatan agak
kurang tepat kerana laluannya sempit jikalau dihanyutkan mungkin tidak hampir sebulan
mereka sudah berlabuh di mana-mana persisiran Afrika dan Arab. Di sini, saya
mengambil Laut Mediterian sebagai pilihan.
Setelah mereka mendarat di sebuah pulau, mereka menjumpai
Al-Jassasah yang mana seekor makhluk berbulu sehingga tidak dapat menentukan
mana satu kepala dan ekor. Makhluk ini tidak mendedahkan dirinya secara umum.
Jika kita lihat pada kamus Arab, Jasas bermaksud pengintip. Kemudian, Al
Jassasah memberitahu mereka bahawa ada seseorang mahu menemui kamu di monasteri
(tempat penghayatan agama) Kristian.
Jika dilihat pada taburan Rom Katholik
ianya terdapat di barat Eropah ketika zaman tersebut iaitu di Turki, England,
Perancis dan sekitarnya. Begitu juga, Amerika Syarikat namun sebelum zaman itu,
tiada rakyat USA seperti sekarang. Namun, rakyat Asli mereka antaranya Red
Indian (lain kali saya ulaskan).
Ini menunjukkan pulau ini pulau Kristian. Apabila mereka
memasuki tempat itu, mereka menjumpai lelaki berbadan besar, berambut kerinting
dan dirantai pada tangan dan kakinya. Lalu Lelaki ini bertanya beberapa soalan
dan dijawab oleh mereka.
“Adakah Nabiyyul Ummi (Bukan Nabi daripada kaum Yahudi atau
lebih tepat keturunan Ishak ) sudah tiba di Madinah?”
“Ya”
“Adakah ada manusia menerimanya.”
“Sebahagian Ya dan sebahagian tidak”
“Beruntunglah, kepada sesiapa yang mengikutinya, adakah pokok
kurma di kawasan di Baisan masih berbuah lebat?”
“Ya”
“Aku rasa ia tidak bertahan lama, adakah Laut Galilea atau
Tasik Kinneret (tasik terbesar di Palestin atau Israel yang menjadi sumber air)
masih ada air lagi?”
“Ya”
“Aku rasa ia tidak bertahan lama, dan akulah Dajjal apabila
aku dilepaskan akan aku masuki semua tempat kecuali Madinah dan Mekah kerana
aku akan dihalang oleh Malaikat”
Ketika Dajjal ini keluar, dia telah berada hari yang sama
dengan hari kita atau lebih tepat dalam dimensi kita.
Menurut andaian saya dan sedikit pendapat Sheikh Imran Hosein dan pengkaji The Arrivals, dajjal sudah keluar namun pada dimensi yang berlainan (sebagaimana malaikat, jin dan syaitan, kita tidak boleh mengira waktunya sama seperti kita) dan waktunya kini
di penghujung hari yang dikatakan Rasulullah saw dalam hadisnya berkenaan
keluarnya dajjal ialah selama 40 hari yang mana hari ketika ini ialah hari yang
satu harinya bersamaan satu sebulan.
Mengapa saya berkata begini? Saya akan terangkan satu
persatu.
Pulau yang Tamim Ad-Dari berlabuh itu ialah BRITISH.
MENGAPA? Lihatlah apa yang diterangkan iaitu
Kristian Barat,
Laut Mediterean atau nak lebih tepat lagi, kita lihat pada zaman imperealis.
Siapa yang paling berkuasa? Siapa yang jajah Tanah Melayu? British kan? Satu
lagi, yang boleh dikukuhkan lagi ialah Pada Perang Dunia Pertama, British ialah
ketua. Namun, itu semua berakhir. Ini ialah permulaan Dajjal dalam menjalankan
misinya sebagai Al Masih?
Apa itu Al Masih? Menurut Sheikh Imran Hosein dalam
ceramahnya. Allah SWT telah berjanji kepada Bani Israel (apabila Bani Israel telah melakukan kerosakan di Tanah Suci dan dikeluarkan) melalui Nabi Daniel as bahawa mereka akan
dibantu oleh Al-Masih yang hakikatnya ialah Isa AS.
Namun, mereka mendapati Isa
AS telah disalib. Tapi Allah telah jelaskan dalam Al-Quran bahawa Isa AS tidak
disalib tetapi diangkat ke langit. Al-Masih menurut mereka perlu buat Empat
Perkara iaitu:
1
11)Memerdekakan
Tanah Suci (Al Aqsa)
22)Membawa
Bani Israel kembali ke Tanah Suci
33)Membangunkan
Negara Israel
44)Mengangkat
Negara Israel menjadi Kuasa Pemerintah Dunia
Sekarang, British pada sekitar 1910-1920 telah menundukkan empayar Uthmaniyah Turki dan mereka kini telah berjaya ¾ daripada misinya dan...
Kini, memberi mandatnya kepada Amerika Syarikat. Buktinya ada
dua menurut analisis.
Yang pertama, Ketua Jeneral pada Perang Dunia Kedua ialah
Jeneral Amerika bukannya Jeneral British atau negara barat yang lain. Yang
kedua, perubahan Pusat Kewangan Dunia daripada London ke Washington. Maaf, ada
tiga . Satu lagi ialah Mereka Ialah Kawan Rapat Kepada Israel selepas British.
Saya syed_ize @ ize agak kekurangan dari segi idea bersama
rakan-rakan kerana cuti sekolah. Mungkin atau Insya Allah saya akan siakan Siri
Penipuan Dunia dalam masa terdekat.
Di sini, terdapat satu hadis Riwayat Muslim Rasulullah SAW
bersabda,
"Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat dari awal Surah Al Kahfi
dia akan terelihara daripada fitnah Dajjal."
Satu lagi riwayat ialah 10 ayat terakhir.
Hadis lain juga menyebut 3 ayat terawal.
Insya Allah pakat amalkan sama-sama kita dapat keberkatan.
Kalau tak boleh hafal cukuplah sekadar baca. Yang paling lemah, baca setiap
Jumaat. Kalau nak star sikit, baca setiap hari. Ingatlah apa yang Dajjal
beritahu kepada mereka bahawa berutunglah, siapa yang ikut Rasulullah.
Ini Cuma andaian daripada saya dan rakan-rakan. Tapi, kita
sebagai manusia perlu sentiasa bersedia akan fitnah-fitnah atau kerosakan yang
dibawa oleh Barat.
Yang penting hendaklah sentiasa kita berada pada dinul
Islam. Hendaklah kita berjaga-jaga dengan Barat terutama Amerika Syarikat dan
British. Sebab itu kami memulakan Siri Penipuan Dunia ini. Tamat.
Akan datang, B2 Freemason atau Illuminati?
B3) Dajjal Sebelum Al Masih
Dajjal?
B4)Malaysia Illumination or
Freemasonry Ideology? (pemerintahan @ penjajahan minda)
B5)Kesan Hedonisme Barat? (Mind
Control)
B6)Rancangan (hiburan, peperangan)
dan Keberhasilan oleh Kumpulan 300?
B7)Penyatuan Yahudi Barat dan
Kristian Barat?
B8)Protocol of Zion?
B9)Kesan Hedonisme Barat?
B10)Perang Dunia Ketiga?
B11)Ketibaan Al Mahdi dan Isa AS.
Nantikan daripada kami Nur Remaja. Tiada Tuhan Selain Allah
dan Muhammad Pesuruh Allah.